Page 9 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 9
OBJEKTIF SEKOLAH
1. 100% pelajar Tingkatan satu, dua, dan tiga dapat menjalani Pentaksiran Bilik Darjah dengan
sasaran pencapaian minimum band 3.
2. Mencapai sasaran Peperiksaan Awam 2020 dengan pencapaian SPM 93% (GPS 5.0) dan
STPM 100% (PNGK 3.00) dengan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran gred C.
3. Mencapai gred purata sekolah keseluruhan 2.58 dalam kokurikulum.
4. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan negara.
5. Menyediakan iklim sekolah yang selesa, selamat dan ceria.
6. Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan sekolah.
7. Mengeratkan hubungan komuniti antara warga sekolah dengan setiap lapisan masyarakat.
PIAGAM PELANGGAN
Kami, guru-guru dan kakitangan SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, dengan penuh tekad
dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
1. Membimbing murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran
dan berakhlak mulia.
2. Menanamkan semangat kekitaan, penyayang dan bekerjasama.
3. Mempertingkatkan prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum ke tahap yang cemerlang.
4. Bekerjasama dengan ibu bapa dan tetamu dengan penuh berhemah.
5. Memastikan keadaan fizikal dan suasana sekolah sentiasa bersih, indah, ceria dan
selamat.
9

