Page 13 - LENSA KOOOOOOO
P. 13
315 Penyertaan Simbolik
Kejayaan Penganjur
“WATER RUN”
Oleh Norsyuhada Mohd Redzuan
Mahasiswa tahun pertama Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) di bawah kursus Pengurusan
Kokurikulum (CMP 2011) telah berjaya menganjurkan
program “Water Run” dengan 315 penyertaan yang
keseluruhannya terdiri daripada mahasiswa UPSI.
Program ini telah berlangsung di padang kawad dan
sekitar kampus Sultan Azlan Shah, UPSI sebagai
laluan utama larian peserta.
Menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan
bahawa “sukan untuk semua” antara objektif program
ini diadakan, selain melengkapkan tugasan kursus
universiti iaitu Pengurusan Kokurikulum (CMP 2011).
Ahli jawatankuasa pelaksana yang menganjurkan
program ini diketuai oleh saudara Mohd Faiz Farhan
Abdul Rahman dan ahli jawatankuasa lain juga terdiri
daripada mahasiswa tahun pertama sesi 2017/2018.
Pemenang tempat pertama bagi kategori perempuan
ialah Nur Artiqal Mohd Jais, tempat kedua Nurul
Ummy Solehah Nordin, dan tempat ketiga iaitu Nurul
Izatul Atikah Onus. Manakala bagi kategori lelaki
tempat pertaman dimenangi oleh Ruthapiriya A/L
Kumaran, tempat kedua Mohamad Arif Safien dan
tempat ketiga Muhamad Redzuan Mohamad Nor.
Setiap pemenang membawa pulang sijil penyertaan,
pingat dan hamper. Malah 40 peserta pertama yang
tiba di garisan penamat juga diberikan sijil
penyertaan.
“Melaksanakan program subjek dengan lebih terbuka
dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa” antara
petikan ucapan Cik Nurul Hazwani Md Narizam
merangkap penasihat kursus Pengurusan
Kokurikulum Kumpulan I, juga selaku perasmi
program “Water Run”.

