Page 18 - LENSA KOOOOOOO
P. 18
Karnival Ko Pupuk
Nilai Kemanusiaan
Karnival Kokurikulum 2017 anjuran Pusat Kokurikulum, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung di Padang Istiadat,
Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) pada 12 September 2017 disambut meriah
dengan pelbagai aktiviti termasuk bercorak kemanusiaan dan dirasmikan
oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya
Dr Md Amin Md Taff
Karnival kali ini membabitkan seramai 4,300 pelajar yang mengikuti 67
kursus kokurikulum pelbagai bidang termasuk pasukan beruniform,
kesenian, sukan, kewartawanan.
Sempena karnival turut diadakan pemeriksaan perbarisan Prof Madya
Dr Md Amin, persembahan oleh pasukan beruniform dan pameran oleh
kursus-kursus berbentuk persatuan.
Karnival sehari itu bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa
menjayakan pelbagai program selepas mempelajarinya sama ada di bilik
kuliah mahupun di lapangan.
Dr Md Amin berkata, penerapan kemahiran insaniah penting supaya
apabila bekerja atau menjadi pendidik di sekolah nanti, mahasiswa akan
membawa nama baik UPSI dan melonjakkan imej organisasi atau sekolah.
Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Dr Asmadi Ishak, berkata, komitmen
dan inisiatif penasihat serta mahasiswa kursus menjayakan pelbagai
aktiviti sempena Karnival Kokurikulum 2017 membuktikan kesungguhan
pusat berkenaan dalam melahirkan pelajar yang berketerampilan
kemahiran insaniah sebelum bergraduat.

