Page 19 - LENSA KOOOOOOO
P. 19
WORLD THINKING DAY MEMBERIKAN IMPAK
DALAM KALANGAN AHLI PERSATUAN PANDU
PUTERI
OLEH NOOR SYAHIRAN MOHAMAD NOOR ASRI
Persatuan Kokurikulum Pandu Puteri Universiti
Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan program
World Thinking Day atau Hari Peringatan peringkat
UPSI pada 21 April 2018.
Program ini telah diadakan di dalam Bilik Seminar
Rafflesia, Pusat Pelajar UPSI. Program ini dianjurkan
bertujuan memperingati bukan sahaja untuk Persatuan
Pandu Puteri itu sahaja tetapi beberapa persatuan
yang lain seperti Pengakap, Puteri Islam dan lain-lain
lagi.
Pada tahun ini, Persatuan Pandu Puteri menggunakan
tema “IMPAK” dalam setiap program yang mereka
laksanakan. Pengarah Program Cik Siti Farhana
menyatakan inti pati pemilihan tema tersebut adalah
kerana pihak penganjur mengharapkan setiap apa
yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam persatuan
tersebut perlulah meninggalkan impak yang positif
dalam kalangan masyarakat.
Puan Aisyah Abdul Ghani selaku perasmi program
tersebut berkata, “Program ini setiap tahun
dilaksanakan untuk memperingati jasa tokoh-tokoh
yang telah berbakti kepada persatuan ini tidak kira
sama ada di peringkat persatuan ataupun peringkat
yang lebih tinggi”
Sempena program ini, pihak penganjur telah
mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan
fesyen, medley lagu-lagu Pandu Puteri, dan
pertunjukan kraf tangan menggunakan bahan terpakai.
Program ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan iaitu seramai 50 orang peserta telah
menyertai program tersebut.

