Page 23 - LENSA KOOOOOOO
P. 23
Suksis UPSI Naib Johan Kejohanan
SUKAT
OLEH AMIRUL MOHD YUSOF
Kor Suksis UPSI telah menyertai Kejohanan Sukan
Suksis Zon Tengah 2018 (SUKAT). Kejohanan ini telah
diadakan di Pusat Sukan dan Kolej Kediaman 12,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti
dipertandingkan sepanjang dua hari temasya sukan ini
berlangsung. Acara ini merupakan acara tahunan
dalam takwim Persatuan Sukarelawan UPSI.
Temasya sukan yang dianjurkan Persatuan
Sukarelawan Polis (PSP) telah menghimpunkan
peserta-peserta Kos Suksis di semua universiti dari zon
tengah. Ia bertujuan meningkatkan semangat
kesukanan dan ke arah mahasiswa yang sihat, berdaya
saing dan maju dalam aspek kesukanan. Kor Suksis
UPSI telah mendapat tempat naib johan keseluruhan
acara yang dipertandingkan. Antara acara yang
dipertandingkan seperti bola sepak, futsal, bola jarring,
bola baling, sepak takraw, kayak, ping pong, bola
tampar dan marathon.
Dalam menjayakan kejohanan ini, UPSI telah
menghantar 5 orang pegawai kehormat dan 125 orang
anggota. Kontinjen UPSI diketuai oleh Yang Dipertua
Sukis UPSI, Encik Mohd Zaki bin Mohd. Kejohanan
SUKAT ini menyaksikan Kor Suksis UPSI mencatat
kejayaan sebagai naib johan daripada semua university
seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti
Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).

