Page 10 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 10
minda para guru serta murid. Bukan di SKDP sahaja, malah di semua sekolah di seluruh
negara. Malah ibubapa juga turut terkesan dengan situasi ini.
Cara terbaik yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian dalam memastikan anak murid
kita terus tidak ketinggalan dalam menimba ilmu adalah dengan memperkenalkan konsep
PdPr. Tujuan murni ini disambut baik oleh semua pihak. Cuma terdapat beberapa kekangan
yang menjadi penghalang kelancaran konsep ini iaitu peralatan media bagi yang kurang
mampu, liputan internet bagi kebanyakan kawasan terutamanya di dalam Kem Desa
Pahlawan sendiri dan yang paling utama adalah penyertaan murid-murid dalam kelas PdPr
ini.
Difahamkan dari aspek bekalan media, pihak JPN sedang berusaha untuk mengesan
golongan yang betul-betul tidak berkemampuan untuk diberi bantuan. Bagi liputan internet di
Kem Desa Pahlawan pula, pihak saya sendiri telah berkolaborasi dengan pihak Celcom Zon
Timur. Hasilnya, satu Menara setinggi 40 meter dengan kelajuan yang tinggi akan didirikan
dalam masa terdekat dan dijangka siap pada bulan November ini.
Cuma dari aspek penyertaan murid sahaja yang memerlukan sokongan dan dorongan yang
tinggi daripada para ibubapa. Segala kemudahan yang disediakan tidak akan bermakna
sekiranya tiada sikap yang positif sama ada dari murid-murid sendiri mahupun para ibubapa.
Justeru perubahan mentaliti dan sikap perlukan dilakukan mulai sekarang. Dari aspek
pembangunan logistik pula, hanya terdapat pembaikan atau senggaraan kecil sahaja yang
telah kita lakukan di SKDP ini. Terima kasih kepada guru yang terlibat atas usaha ini.
Semoga melalui mesyuarat Agung pada kali ini, adanya idea-idea baru dari semua yang
terlibat agar boleh kita angkat demi kemajuan dan kecemerlangan SKDP ini walau dalam apa
jua cabaran. Sama-samalah kita berdoa agar kes positif COVID 19 ini segera berkurangan,
seterusnya pihak kerajaan mempunyai formula tertentu supaya hasrat pembelajaran secara
bersemuka dapat direalisasikan segera. Sepertimana harapan dalam ucaptama YAB Perdana
Menteri baru-baru ini, begitulah juga harapan kita. Sama-sama lah kita berdoa, berusaha dan
mematuhi apa yang telah digariskan agar hasrat ini tercapai.
10
10
0

