Page 7 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 7
KATA ALU-ALUAN TUAN GURU BESAR SK DESA PAHLAWAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, dan salam sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha
yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-38 dapat diterjemahkan hari ini.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini ini. Kehadiran ibu bapa
menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Tidak dilupakan
juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan
hala tuju penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam 3 gelombang iaitu Gelombang 1
(20132015) : Menyokong penglibatan ibu bapa dan inisiatif sektor swasta, Gelombang 2
(20162020) : Memantapkan penglibatan dan Gelombang 3 (2021-2025) : Menggalakkan lebih
banyak inovasi daripada sektor swasta.
Namun pada tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah dilanda penularan wabak
Covid-19. Persoalannya, adakah keadaan ini akan membantutkan hala tuju pelibatan ibubapa
dan sektor swasta terhenti begitu sahaja? Sudah tentulah jawapannya tidak. Malah 3
gelombang yang telah digariskan itu perlu dilaksanakan dengan lebih pantas demi
memastikan semua murid berpeluang untuk mengecapi kejayaan. Tiada sebarang istilah
halangan bagi kita dalam menempuh perjalanan membina kemenjadian murid. Malah semua
pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan
kemenjadian murid dapat dicapai melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai.
7
7

