Page 8 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 8
Umumnya mengetahui bahawa kefahaman sekolah menjadi tempat pembelajaran murid
sudah tidak relevan lagi malah proses pembelajaran di rumah (PDPR) yang diperkenalkan
oleh KPM mulai tahun 2020 mengukuhkan lagi kefahaman di atas. Kementerian Pendidikan
Malaysia (2013, Ekshibit 7-11) menakrifkan sistem pembelajaran ialah sesuatu proses
pembelajaran boleh berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan
dalam komuniti. Untuk itu, sekolah mesti menyediakan jalinan hubungan kerja positif antara
sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Kita perlu fahami bahawa apabila disebut Ekosistem
Pembelajaran ia bermaksud murid dapat merasai suasana dan ruang belajar melalui
teknologi, pandangan dunia, kuasai pemikiran kritikal, reflektif pengalaman persekitaran
murid, interaksi sosial seperti filem kehidupan, talian internet, buku-buku, keluarga, kawan-
kawan dan komuniti.
Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh dipacu secara komunikasi dua hala
antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang dapat diterjemahkan melalui rasa
tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan
pembelajaran berkualiti untuk murid, meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu
pembelajaran murid dan memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam
meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.
Manakala kemenjadian murid juga boleh dicapai secara kerjasama sekolah dengan komuniti
melalui rasa sukarela daripada pertubuhan-pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan
pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat dan menggalakkan
pelibatan murid serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut.
Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
…………………………………………
CHE RAGMAH BINTI MUSTAPAHA
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan.
8
8

