Page 16 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 16
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Yang Di Pertua PIBG Mejar Mohd Rizal Mustaffa bin Mohd Isa sebagai pengerusi memulakan
majlis dengan bacaan al-fatihah dan mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada
semua ibu bapa dan penjaga serta guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke.37. Beliau
mengucapkan selamat datang kepada Leftenan Komander Zaidi dan wakil PPD Kota Bharu En
Hafizan.
1.2 Beliau menyatakan 70% ibubapa murid di sini adalah terdiri dari kalangan tentera. Beliau
menyatakan tujuan utama perjumpaan pada hari ini adalah untuk melantik AJK baharu kerana
ramai ahli yang telah berpindah.
1.3 Pandangan beliau berkenaan pencapaian keputusan UPSR SKDP adalah memuaskan dan baik
tetapi perlu dipertingkatkan lagi dan perlu kepada komitmen semua pihak untuk menjaga nama
baik sekolah. Melalui pemerhatian beliau juga, pencapaian UPSR anak tentera masih terlalu
rendah berbanding anak orang awam dan guru. Paling tinggi hanyalah 3A. Beliau juga
menegaskan agar pencapain akademik khususnya UPSR selari dengan pencapaian
sakhsiah (disiplin) Masalah disiplin yang perlu diselesaikan antaranya:
a. Datang lewat ke sekolah.
b. Ibubapa hantar anak @ bekalan sehingga ke kelas.
c. Murid tidak fokus kepada pelajaran, oleh itu prestasi menurun.
d. Murid tidak siap kerja sekolah.
1.4 Beliau menyokong pelaksanaan program ziarah cakna bagi membantu murid bermasalah.
Beliau turut mencadangkan agar pihak sekolah bekerjasama dengan pihak BAKAT mengadakan
bacaan Yaasin dan doa selamat untuk persediaan UPSR nanti.
16
16

