Page 18 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 18
5. MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN
5.1 (Saliza binti Abd Hamid)
Harap pihak kantin dapat menyediakan menu makanan yang berkhasiat dan mempelbagaikan
menu. Selain itu diminta pihak kantin menceriakan lagi suasana kantin.
Jawapan( Hishan bin Abdullah, PKP)
Menyatakan bahawa pada tahun 2020 ini pihak kantin sekolah telah mendapat penender baru.
Oleh itu pihak sekolah sentiasa berusaha memantau dan menegur jika ada sebarang
kekurangan. Melalui pemerhatian, pihak sekolah merasakan kuantiti makanan yang disediakan
setakat ini mencukupi untuk murid. Sungguhpun begitu, pihak sekolah mengharapkan ibubapa
memberi sedikit masa untuk penender kantin baru menyesuaikan diri dan pihak sekolah berjanji
akan sentiasa memantau harga dan servise penender kantin. Jika ada sebarang ketidakpuasan
berkenaan kantin pada masa akan datang boleh menghubungi PK HEM memalui aplikasi
whatshap.
5.2(Rosman bin Mamat)
Makanan di kantin SKDP terlalu mahal berbanding kantin sekolah yang lain. Mohon penurunan
harga makanan demi kebaikan anak-anak SKDP
Jawapan( Hishan bin Abdullah, PKP)
Setakat ini harga makanan yang dikenakan oleh pihak kantin masih lagi dianggap bersesuaian
dan pihak sekolah mengharapkan ibubapa berpuashati. Sungguhpun begitu pihak sekolah akan
sentiasa memantau harga makanan dan sekiranya pihak ibu bapa ada yang tidak berpuashati
boleh terus menghubungi PK HEM, menulis aduan dan memasukkan aduan tersebut ke dalam
peti aduan yang akan diletakkan di hadapan pejabat sekolah. Setiap aduan akan diambil
perhatian sewajarnya oleh pihak YDP dan Ajk PIBG serta Pentadbir.
18
18

