Page 21 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 21
Jawapan(Hishan bin Abdullah, PKP)
PKP menyatakan bahawa laporan kepada ibubapa hanyalah 2 kali setahun sahaja iaitu melalui
perekodan PBD. Sungguhpun begitu penilaian akan dilakukan secara berterusan ke atas murid-
murid.
YDP pula menyarankan jika ada ibubapa yang ingin mengetahui perkembangan anak masing-
masing agar dapat menghubungi guru-guru kelas atau guru subjek secara peribadi.
5.8(Mohd Sahar bin Mansor)
Mencadangkan pemakanan percuma di beri kepada semua murid sekolah.
Jawapan(Hishan bin Abdullah,PKP)
PKP menyatakan bahawa RMT merupakan dasar Kerajaan. Oleh itu peruntukannya
disediakan oleh pihak Kerajaan dan setakat ini ianya diselaraskan mengikut pendapatan ibubapa.
5.9(Mohd Asfanizam)
Menguatkan disiplin dikalangan murid dan pelbagaikan makanan di kantin sekolah.
Jawapan(Hishan bin Abdullah, PKP)
PKP menyatakan guru-guru sentiasa mengawal disiplin murid tetapi kuasa guru-guru sangat terikat
dan terbatas.
YDP pula menyarankan agar pihak ibubapa mengawal dan mendisiplin anak-anak dari rumah agar
mereka lebih senang untuk dididik oleh guru-guru di sekolah.
Buat masa ini terdapat kepelbagaian menu di kantin, walau bagaimanapun pihak sekolah berjanji
akan sentiasa memantau menu di kantin agar menepati kriteria yang digariskan oleh Kementerian
dan pada masa yang sama memenuhi selera murid, serta dapat memuaskan hati ibubapa.
21
21

