Page 4 - BLA BM Tahun 2 (Jilid 1) - Tema 3
P. 4
Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
• Kuku mudah dipotong selepas mandi kerana kuku
menjadi lembut selepas mandi.
• Cara memotong kuku tangan dan kuku kaki adalah
berbeza.
• Kesihatan kuku perlu dijaga dengan mengambil
makanan yang kaya dengan khasiat.
Aktiviti 3
Halaman 52 dan 53
1. Yang menunjukkan cara membersihkan sayur
kepada Dahlia ialah ibunya.
2. Garam yang perlu dimasukkan ke dalam air cuma
satu sudu kecil sahaja.
3. Tujuan air dicampurkan dengan garam adalah
untuk membuang ulat yang mungkin melekat pada
sayur.
4. Sayur perlu dibersihkan dan dibilas sebelum
direndam di dalam air garam untuk membuang
kotorannya.
5. Sayur itu perlu direndam selama 10 minit.
6. Sayur yang telah dibersihkan disimpan di dalam
peti sejuk.

