Page 5 - BLA BM Tahun 2 (Jilid 1) - Tema 3
P. 5

Tema 3: Kebersihan  dan  Kesihatan


          Salin  dengan  tulisan  yang  cantik  dan  kemas.



             Aktiviti 4 

            Halaman 54


            Pergi ke hulu mencari selasih,

            Duduk berehat makan keria;

                          Utamakan selalu makanan bersih,
                          Badan sihat hidup ceria.



            Hening pagi bayu menyapa,

            Burung jelatik terbang ke awan;
                          Gosoklah gigi jangan alpa,

                          Gigimu cantik senyuman menawan.



            Menaiki rakit di tepi bukit,
            Pergi empangan mencari rakan;

                          Agar penyakit tidak berjangkit,

                          Cucilah tangan sebelum makan.


            Burung undan terbang ke taman,

            Burung kenari terbang bertiga;
                          Pastikan badan tidak berkuman,

                          Kesihatan diri sentiasa terjaga.


             Aktiviti 5a 

            Halaman 55


              Bil.               Objek                                  Bentuk

               1.     cermin                            bintang

               2.  besen                                bujur

               3.  sabun                                segi tiga

               4.  pintu                                segi empat tepat
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10