Page 9 - BLA BM Tahun 2 (Jilid 1) - Tema 3
P. 9
Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
5. Kai Seng menghargai nasihat Cikgu Hanita dengan
mengikuti nasihat Cikgu Hanita, iaitu dengan
bersarapan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.
Aktiviti 4
Halaman 62
Hang Tuah tersohor gerangan,
Laksamana hebat disegani ramai;
Sayur buah dalam hidangan,
Badan sihat hidup permai.
Burung nuri di hujung desa,
Riang unggas singgah berehat;
Aktifkan diri setiap masa,
Badan cergas minda sihat.
Burung kenari terbang berenam,
Anak angsa laju berlari;
Cergaskan diri dengan bersenam,
Amalkan sentiasa setiap hari.
Aktiviti 5
Halaman 63
Gambar 2:
Hafiz berenang dengan pantasnya di dalam kolam.
Gambar 3:
Irwan dan rakan-rakannya melakukan senaman ringan
pada setiap pagi.

