Page 27 - 3.0 Pemakanan Sihat Kanak-Kanak (REHAN SEM 1/ 2021)
P. 27
Panduan Pemakanan
Makanan Berkhasiat
▪ Sediakan pelbagai jenis hidangan yang
mengandungi setiap kumpulan makanan
berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
▪ Sediakan makanan mengikut saiz sajian
yang disarankan.
▪ Pastikan air kosong sentiasa disediakan
sepanjang masa.
▪ Sediakan makanan mengikut menu yang
telah ditetapkan.
▪ Apabila memperkenalkan makanan
pelengkap kepada bayi pada umur 6
bulan, berikan makanan yang dikisar
halus untuk tempoh seminggu yang
pertama, diikuti makanan yang dipuri,
dilecek dan separa pejal.
▪ Elak menambah garam, gula atau bahan
perisa ke dalam makanan untuk bayi
yang berumur bawah satu tahun.

