Page 3 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 3
Buku Pengurusan SMK Anderson 2019
KATA ALU-ALUAN PENGETUA
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, Salam Sejahtera.
Guru-guru dan kakitangan sokongan sekalian,
“Buah salak dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat”
Terlebih dahulu saya merakam kesyukuran kehadrat Ilahi kerana kehendak dan takdir-Nya dapat kita
bersama-sama sekali lagi menerima tanggungjawab bagi meneruskan tradisi “Bermuafakat” bagi
menempa kecemerlangan SMK Anderson, Ipoh tahun 2019. Sesungguhnya kita yakin, guru-guru dan
warga sekolah dapat menghayati tema kerja “Bermuafakat” ini dengan jelas bagi mencapai sasaran
yang kita harapkan.
Buku Pengurusan 2019 ini, telah dirangka dengan mengambil kira hala tuju sekolah dalam usaha
mencapai peningkatan Band 4 kepada Band 3. Asas hala tuju ini selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang pastinya menuntut sikap positif dan daya saing guru
sebagai agen utama perubahan dan kejayaan sesebuah sekolah agar dapat melahirkan modal insan
yang cemerlang berlandaskan aspirasi pendidikan negara.
Dengan teras dan gagasan yang berlandaskan permuafakatan, pasti akan membentuk sikap kerjasama
secara berpasukan. Kejayaan sesebuah sekolah bukan milik individu, tetapi lahir daripada kerjasama
muafakat dan komitmen warga sekolah yang berterusan.
Buku Pengurusan 2019 ini pastinya menjadi dokumen rasmi tugasan, aliran dan pengkhususan kerja.
Sekiranya dapat dipatuhi dengan tertib pastinya perjalanan sekolah akan lebih terancang, tersusun dan
mencapai matlamat untuk menjadikan sekolah sebagai medan ilmu yang indah lagi menyeronokan.
Semuanya pasti menuntut sifat saling menghormati, mesra dan berintegriti dalam melaksanakan tugas
harian.
Segala usaha dan ketentuan adalah milik Allah semata-mata. Marilah kita bersama-sama dan sentiasa
berdoa, agar usaha murni kita ini dalam rahmat dan restu Allah. Semoga jalan usaha ini diredhai dan
mencapai kejayaan
Sekian, terima kasih
Tn. Hj. Zulkifle bin Othman
Pengetua
2

