Page 5 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 5
Buku Pengurusan SMK Anderson 2019
PIAGAM PELANGGAN
Kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
Memberi layanan dan peluang yang sama kepada semua murid yang dihantar ke sekolah ini
untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya tanpa mengira keturunan, agama dan latar
belakang.
Membimbing dan mendidik untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan beramal.
Menyediakan program pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi
kehendak semasa individu, masyarakat dan negara.
Menyediakan dan menguruskan program-program pembangunan bakat, minat dan kebolehan
murid dalam pelbagai bidang bagi melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi mental,
fizikal, emosi dan rohani.
Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi
berteraskan piawaian-piawaian tertentu.
Menentukan urusan kebajikan murid-murid diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan serta
menentukan keselamatan dan keselesaan murid-murid terjamin dan diambil berat berteraskan
perkhidmatan penyayang.
Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang cekap, berkesan dan dinamik.
Menentukan urusan kewangan sekolah sedia untuk diaudit pada akhir bulan Januari bagi tahun
berikutnya, hal-hal mengenai gaji dan perkhidmatan staf diselesaikan mengikut tarikh yang
ditetapkan.
Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, produktif, inovatif, kreatif dan
bertanggungjawab.
Memastikan perhubungan dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa,
bekas murid, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan, agensi-agensi kerajaan dan lain-
lain yang dapat menyumbang dan memajukan sekolah.
4

