Page 101 - Sains Tingkatan 1
P. 101
4.1 Pembiakan Seks dan Aseks
• Membandingkan dan membezakan pembiakan seks dan aseks bagi haiwan dan tumbuhan.
• Menaakul kepentingan pembiakan.
• Mensyukuri kebolehan membiak untuk menyambung zuriat sebagai kurniaan Tuhan.
ahukah anda tentang maksud pembiakan? Pembiakan ialah
Tproses penghasilan individu baharu oleh organisma hidup.
Pembiakan merupakan ciri asas bagi setiap organisma hidup. Doktor pakar yang
Gambar foto 4.1 menunjukkan cara-cara pembiakan manusia mengamalkan ilmu
perubatan berkaitan
dan haiwan. kehamilan dikenal
sebagai pakar obstetrik
dan ginekologi.
Manusia membiak
dengan cara
melahirkan anak.
Ayam pula
membiak dengan
cara bertelur.
Ikan paus juga
membiak dengan
melahirkan anak.
Gambar foto 4.1 Cara-cara pembiakan manusia dan haiwan
untuk menghasilkan individu baharu
Pembiakan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pembiakan seks dan aseks.
Secara ringkasnya, jenis-jenis pembiakan boleh dilihat melalui peta pemikiran
yang berikut.
90 Bab 4

