Page 105 - Sains Tingkatan 1
P. 105

Pembiakan Aseks

                                                                                    Kultur tisu ialah contoh
                                                                                    bioteknologi dalam
                                              Pembiakan aseks ialah                 penghasilan individu
                                               penghasilan individu                 baharu. Teknik ini akan
                                              baharu oleh organisma                 menghasilkan tanaman
                                              hidup tanpa melibatkan                baharu dalam tempoh
                                                 sel pembiakan.                     masa yang singkat.


                   Pembiakan aseks  berlaku dalam  organisma  ringkas  seperti
                   Amoeba,  Paramecium dan  Hydra. Tumbuhan seperti bawang,
                   halia dan ubi kentang juga membiak secara aseks.

                       Bagi  pembiakan aseks,  hanya  satu  induk  yang terlibat.
                   Persenyawaan tidak berlaku dalam pembiakan aseks. Individu         Rajah 4.4 Kultur tisu
                   baharu yang dihasilkan adalah seiras secara genetik dengan
                   induknya.Variasi tidak wujud dalam kalangan anak. Pelbagai
                   cara pembiakan aseks diterangkan seperti dalam Rajah 4.5
                   yang berikut.
                                                                    Kultur tisu
                                                                    www.isaaa.org

                                            4.1

                       Tujuan: Mengumpul dan mentafsir maklumat mengenai pembiakan seks dan aseks
                       Arahan
                       1.  Lakukan kerja secara berkumpulan.
                       2.  Bincangkan perbezaan dan persamaan antara persenyawaan dalam dan persenyawaan
                          luar pembiakan seks.
                       3.  Catatkan hasil perbincangan anda dalam jadual seperti di bawah.
                             Persenyawaan dalam            Ciri-ciri           Persenyawaan luar













                       4.  Kumpulkan maklumat di Internet tentang cara pembiakan aseks yang berikut:
                          (a)  belahan dedua
                          (b)  pertunasan
                          (c)  pembentukan spora
                          (d)  pembiakan vegetatif
                          (e)  penjanaan semula


                    94   Bab 4
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110