Page 103 - Sains Tingkatan 1
P. 103
Pembiakan Seks
Pembiakan seks merupakan jenis pembiakan utama yang
dijalankan oleh manusia, haiwan dan tumbuhan peringkat Antonie van Leeuwenhoek
merupakan saintis pertama
tinggi. Pembiakan bagi manusia bukan sahaja untuk yang mengkaji sel sperma
menghasilkan zuriat, malah melibatkan ikatan kekeluargaan menggunakan mikroskop
dan kasih sayang. pada tahun 1677.
Pembiakan seks melibatkan dua induk, iaitu
• induk jantan yang membawa sel pembiakan
jantan (sperma)
• induk betina yang membawa sel pembiakan
betina (ovum)
mempunyai
menghasilkan
Induk jantan
Testis
Gamet jantan (sperma)
mempunyai menghasilkan
Induk betina
Ovari
Gamet betina (ovum)
Rajah 4.1 Proses penghasilan gamet
Pembiakan seks menghasilkan generasi baharu yang berbeza daripada induknya
dan menunjukkan variasi genetik. Tahukah anda tentang proses pembentukan generasi
baharu? Apakah yang menyebabkan pembentukan bayi di dalam tubuh ibu yang hamil?
Proses pertama yang terlibat ialah persenyawaan.
92 Bab 4

