Page 113 - Sains Tingkatan 1
P. 113

4.4
                       Tujuan: Membincangkan pengalaman perubahan fizikal semasa akil baligh

                       Arahan
                       1.  Senaraikan perubahan-perubahan fizikal yang berlaku semasa mencapai akil baligh.
                       2.  Adakah perempuan yang belum didatangi haid pada umur 18 tahun dianggap tidak
                          normal? Terangkan jawapan anda.
                       3.  Andaikan anda bekerja sebagai penyunting majalah di suatu ruangan nasihat. Seorang
                          remaja ingin mendapatkan nasihat daripada anda tentang masalah jerawat yang serius.
                          Apakah nasihat yang dapat anda berikan kepadanya?




                   Perbandingan Gamet Jantan dan Gamet Betina

                   Anda sudah belajar daripada subtopik lepas bahawa sperma merupakan gamet jantan
                   atau sel pembiakan lelaki, manakala ovum merupakan gamet betina atau sel pembiakan
                   perempuan. Sperma ialah sel yang paling kecil di dalam badan lelaki dan berbentuk
                   seperti berudu. Ovum pula ialah sel yang terbesar di dalam badan perempuan. Rajah
                   4.12 menerangkan struktur sperma dan ovum.






                                       Kepala
                     Nukleus                                                            Lapisan jeli
                                                                                        Nukleus
                                                                                        Sitoplasma
                                       Bahagian
                                       tengah                                           Membran sel


                                              Ekor

















                                   Sperma                                             Ovum


                                                Rajah 4.12 Struktur sperma dan ovum




                    102  Bab 4
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118