Page 117 - Sains Tingkatan 1
P. 117

Kepentingan Mengurus Kebersihan Diri Semasa Haid
                   Penjagaan kebersihan diri semasa haid adalah sangat penting            Jangkitan
                   bagi memastikan sistem pembiakan tidak dijangkiti oleh                 Saluran Kencing
                   mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat. Apakah               (UTI - Urinary
                   cara dan kepentingan mengurus diri semasa haid? Rajah 4.16             Tract Infection)
                                                                                          http://www.dettol.
                   menerangkan cara-cara penjagaan kebersihan diri semasa                 com.my/my/
                   haid dan kepentingannya.                                               illnesses/urinary-
                                                                                          tract-infections/
                                            1    Semasa haid, wanita perlu

                                                 sentiasa menukar tuala wanita 3-4
                                                 kali sehari untuk menghindari
                                                 jangkitan bakteria dan virus yang
                                                 boleh menyebabkan jangkitan
                                                 saluran kencing (UTI).

                       Menukar tuala wanita
                       setiap 3-4 kali sehari


                                             2   Wanita haid digalakkan mandi


                                                 dengan kerap untuk membersihkan
                                                 tubuh badan.





                    Membersihkan tubuh badan
                                     Rajah 4.16 Kepentingan mengurus kebersihan diri semasa haid




                                             Apakah yang akan
                                             berlaku sekiranya
                                          seseorang perempuan itu
                                          mengalami masalah kitar
                                            haid yang tidak stabil?




                       Kitar haid yang tidak stabil merujuk kepada seseorang
                   wanita itu tidak mengalami haid pada setiap bulan, kitar
                   haid yang terlalu panjang atau terlalu pendek dan fasa haid       Mengapakah keadaan
                   yang melebihi 15 hari. Masalah ini mungkin disebabkan oleh        emosi seseorang wanita
                   beberapa faktor seperti pertambahan berat badan, masalah          boleh mempengaruhi
                                                                                     tempoh haidnya?
                   hormon, gangguan emosi, senaman yang berlebihan dan juga
                   boleh disebabkan oleh ketumbuhan di dalam rahim.

                    106  Bab 4
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122