Page 118 - Sains Tingkatan 1
P. 118
Bab 4: Pembiakan a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
b
e
p
P Ba
n
n
a
ad
b 4: P
n ke
m
k
a
i
a
na
ge
l
e
Kitar haid yang tidak stabil boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan
seseorang wanita. Antara kesan kitar haid yang tidak stabil terhadap wanita ialah:
1. Kemandulan - Kitar haid yang tidak stabil merupakan tanda awal mengalami masalah
sistem pembiakan. Rawatan yang lambat boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius
seperti kanser ovari, kanser serviks dan kanser uterus.
2. Kesukaran merancang keluarga - Kitar haid yang tidak stabil menyebabkan seseorang
wanita mengalami kesukaran untuk menentukan hari subur. Hal ini menyebabkan wanita
tersebut sukar merancang atau mencegah kehamilan.
3. Masalah kesihatan seperti anemia - Kitar haid yang tidak teratur boleh menyebabkan
haid yang berpanjangan. Hal ini menyebabkan berlaku kehilangan darah yang banyak.
Tubuh badan menjadi lemah dan mudah pengsan.
4.3
1. Terangkan fasa-fasa dalam kitar haid.
2. Pada umur berapakah seseorang wanita akan mula didatangi haid dan berapa lamakah
tempoh haid berlaku?
3. Apakah pengovulan dan di manakah biasanya pengovulan berlaku?
4. Adakah benar bahawa anda tidak boleh membasuh rambut, meminum air sejuk dan
memakan aiskrim atau bersukan semasa haid? Jelaskan jawapan anda.
4.4 Persenyawaan dan Kehamilan
• Berkomunikasi mengenai proses persenyawaan dan penempelan embrio.
• Mewajarkan kepentingan dan fungsi plasenta dan tali pusat.
• Memerihalkan perkembangan zigot kepada embrio dan seterusnya kepada fetus dalam tempoh
kehamilan sehingga kelahiran.
eperti yang dipelajari dalam subtopik 4.1, persenyawaan bermaksud proses
Spercantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum. Apakah yang berlaku
selepas persenyawaan?
Apakah yang terjadi selepas Selepas persenyawaan,
persenyawaan antara sperma seseorang perempuan akan
dan ovum berlaku? mengalami proses kehamilan,
zigot mula terbentuk dan
membesar di dalam uterus
sehingga kelahiran.
Bab 4 107

