Page 216 - Sains Tingkatan 1
P. 216

e
                                                                           ge
                                                                             na
                                                                        P Ba n b 7: U d a a n ke p ad a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
                                                                        Bab 7: Udara
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                               l
                                                                                  a
                                                                                 r
                          Mari kita jalankan Aktiviti 7.3 untuk membuktikan bahawa bahan api, oksigen dan
                    haba diperlukan untuk pembakaran berlaku.
                                             7.3

                         Tujuan: Membuktikan bahawa bahan api, oksigen dan haba diperlukan untuk
                         pembakaran berlaku

                          A Menentukan bahan api diperlukan untuk pembakaran
                         Bahan dan radas: Penunu Bunsen, penyepit besi, pemetik api, rod kaca, kayu, lilin, batu.
                         Arahan
                         1.  Nyalakan api penunu Bunsen.
                         2.  Letakkan rod kaca pada nyalaan api penunu Bunsen dengan menggunakan penyepit.
                         3.  Perhatikan sama ada rod kaca terbakar atau tidak.
                         4.  Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual.
                         5.  Ulang langkah 2 hingga 4 dengan menggunakan kayu, lilin dan batu.


                                                   Bahan           Pemerhatian
                                                (a)  Rod kaca
                                                (b)  Kayu
                                                (c)  Lilin
                                                (d)  Batu
                         Soalan:
                         1.  Berdasarkan pemerhatian anda, kelaskan bahan-bahan tersebut kepada bahan api dan
                           bukan bahan api.
                         2.  Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?

                          B Menentukan oksigen diperlukan untuk pembakaran
                         Bahan dan radas: Balang gas, jubin putih, dua batang lilin yang sama saiz, plastisin, mancis.
                         Arahan
                         1.  Dua batang lilin yang sama saiz dilekatkan
                           pada jubin putih dengan menggunakan                       Balang gas
                           plastisin (Rajah 7.9).
                         2.  Nyalakan lilin X dan Y.
                         3.  Telangkupkan balang gas di atas lilin X.
                         4.  Perhatikan lilin yang padam terlebih dahulu.
                                                                                    Plastisin
                                                                  Jubin                             Jubin
                                                                  putih     Lilin X        Lilin Y  putih

                                                                                 Rajah 7.9
                         Soalan:
                         1.  Lilin yang manakah akan menyala lebih lama? Mengapa?
                         2.  Apakah gas yang digunakan dalam pembakaran lilin?
                         3.  Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?

                                                                                                      205
                                                                                                Bab 7
                                                                                                Bab 7  205
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221