Page 219 - Sains Tingkatan 1
P. 219
7.2
1. Berikan maksud pembakaran.
2. Apakah syarat-syarat pembakaran?
3. Luqman menggunakan selimut api untuk memadamkan suatu kebakaran kecil di
rumahnya. Bagaimanakah selimut api itu berfungsi?
4. Berikan empat langkah berjaga-jaga yang boleh diambil bagi mengelakkan kebakaran.
5. Logam seperti kalium dan natrium disimpan dalam minyak parafin. Mengapa?
Abad
7.4 21 KIAK
Tujuan: Membuat poster kesedaran tentang punca kebakaran dan langkah-langkah
pencegahan kebakaran
Arahan
1. Sediakan satu poster yang bertajuk ‘Punca kebakaran dan langkah pencegahan
kebakaran’ secara berkumpulan.
2. Persembahkan tiga poster terbaik pada papan kenyataan sains di dalam kelas.
7.3 Pencemaran Udara
• Mentakrifkan maksud pencemaran udara dan bahan pencemar udara.
• Berkomunikasi mengenai bahan pencemar udara dan puncanya.
• Mewajarkan langkah untuk mencegah dan mengawal pencemaran udara.
• Menyelesaikan masalah kesan buruk akibat pencemaran udara.
encemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang
Pbahan pencemar dalam udara. Keadaan ini boleh menyebabkan kemudaratan dan
ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam
sekitar apabila dibebaskan ke atmosfera. Bahan pencemar udara berasal daripada
pelbagai punca. Punca bahan pencemar ditunjukkan dalam Rajah 7.12.
Gambar foto 7.8 Pencemaran udara
daripada kilang
208 Bab 7
208
Bab 7

