Page 217 - Sains Tingkatan 1
P. 217
C Menentukan bahawa haba diperlukan untuk pembakaran
Bahan dan radas: Mancis, mancis yang telah disimpan di bahagian penyejuk beku peti
sejuk, kotak mancis.
Arahan
1. Labelkan P pada mancis yang telah disimpan dalam bahagian penyejuk beku peti sejuk
dan sebatang mancis lain sebagai Q.
2. Nyalakan mancis P dan Q. Perhatikan perubahan yang berlaku.
Soalan:
1. Adakah mancis P dan Q menyala? Mengapa?
2. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?
Alat Pemadam Api
Pernahkah anda menjalani latihan kebakaran di sekolah? Sudah
pasti pihak bomba akan menunjukkan cara penggunaan alat
pemadam api yang betul. Alat pemadam api merupakan alat
perlindungan kebakaran yang digunakan untuk memadamkan
api atau mengendalikan kebakaran kecil. Bahan yang digunakan
dalam alat pemadam api berbeza mengikut jenis kebakaran yang
berlaku seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1.
Rajah 7.10 Alat pemadam api
Jadual 7.1 Jenis kebakaran dan alat pemadam api yang sesuai digunakan
Bahan yang Contoh Alat pemadam api
terbakar bahan yang digunakan
Pepejal Kayu, kain, kertas Air, serbuk kering
Cecair Minyak, varnis, cat Busa, serbuk kering, karbon dioksida
Gas Propana, asetilena, metana Busa, serbuk kering, karbon dioksida
Kalium, natrium, magnesium, Serbuk kering, pasir kering
Logam
kalsium
Jangan! Air lebih tumpat daripada
minyak dan akan tenggelam di
bawah minyak. Jadi, api tidak
Kamal, cepat akan terpadam. Kita perlu
ambil sebaldi menggunakan busa!
air sebelum api
merebak!
206 Bab 7
206
Bab 7

