Page 223 - Sains Tingkatan 1
P. 223

7.6

                       Tujuan: Berkongsi maklumat mengenai kesan buruk pencemaran udara dan
                       langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa dalam mengawal pencemaran udara
                       Arahan
                       1.  Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
                       2.  Setiap kumpulan perlu memilih satu kawasan di Malaysia yang mempunyai tahap
                          pencemaran udara yang tinggi.
                       3.  Kumpulkan maklumat-maklumat yang berikut di kawasan yang dipilih:
                          (a)  kesan buruk terhadap kesihatan penduduk sekitar, haiwan, tumbuhan, bangunan
                             dan infrastruktur.
                          (b)  langkah-langkah penyelesaian yang diambil oleh pihak berkuasa seperti Jabatan
                             Alam Sekitar untuk menangani masalah pencemaran udara tersebut.
                       4.  Bentangkan hasil maklumat yang anda perolehi dalam kelas.




                                                     7.3

                     1.  Apakah bahan pencemar udara yang menyebabkan jerebu?
                     2.  Sebagai seorang murid, apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi
                        menambahkan kesedaran masyarakat mengenai pencemaran udara?
                     3.  Berikan tiga kepentingan mengekalkan udara supaya sentiasa bersih.
                     4.  Membuang sampah di merata-rata tempat juga boleh menyebabkan pencemaran
                        udara. Terangkan.
                     5.  Padankan setiap bahan pencemar yang berikut dengan kesannya.

                           Bahan pencemar udara                          Kesan
                              Karbon dioksida                          Hujan asid
                              Nitrogen dioksida                     Kesan rumah hijau
                             Klorofluorokarbon                    Penipisan lapisan ozon

                     6.  Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul mengenai cara-cara untuk mengawal dan
                        mengurangkan pencemaran udara.

                        (a)  Menggunakan bahan bebas klorofluorokarbon (CFC)

                        (b)  Menggunakan pengangkutan awam

                        (c)  Melakukan pembakaran terbuka

                        (d)  Mengamalkan kitar semula dan guna semula barangan

                        (e)  Menggunakan minyak dan petrol berplumbum




                    212  Bab 7
                    212
                         Bab 7
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228