Page 227 - Sains Tingkatan 1
P. 227

3.  Rajah 2 menunjukkan peratusan karbon dioksida dalam atmosfera pada suatu jangka masa.

                              Karbon dioksida dalam atmosfera (%)
                               0.036
                               0.035
                               0.034
                               0.033
                               0.032
                               0.031
                               0.030
                               0.029
                               0.028
                               0.027
                                                                                         Tahun
                                      1875    1880   1885    1990   1995    2000   2005

                                                           Rajah 2


                       (a)  Aktiviti pembalakan yang dijalankan oleh manusia menyebabkan peningkatan gas
                            karbon dioksida dalam atmosfera. Bagaimanakah aktiviti tersebut boleh menyebabkan
                            peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera? Terangkan.
                       (b)  Selain aktiviti pembalakan, berikan satu contoh aktiviti yang menyumbang kepada
                            peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera.
                       (c)  Nyatakan dua kesan buruk yang boleh berlaku jika aras karbon dioksida dalam
                            atmosfera semakin meningkat.

                   4.    Ammar terlihat satu kebakaran di sebuah bengkel kereta semasa perjalanan pulang dari
                       sekolah. Menurut orang awam, kejadian tersebut berpunca daripada litar pintas.
                       (a)  Apakah maksud pembakaran?
                       (b)  Berikan syarat-syarat pembakaran.
                       (c)  Berdasarkan situasi di atas,
                            (i)  bagaimanakah kebakaran tersebut dapat dielakkan?
                            (ii)  apakah jenis alat pemadam api yang sesuai digunakan?
                       (d)  Nyatakan tiga langkah keselamatan yang patut diamalkan oleh pemilik bengkel tersebut
                           untuk mengelakkan kebakaran.













                    216
                    216  Bab 7
                         Bab 7
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232