Page 229 - Sains Tingkatan 1
P. 229

7.  Sebuah syarikat berhasrat menjalankan suatu projek kuari batu kapur tidak jauh dari Kampung
                       Permai. Ketua kampung di kampung tersebut telah mengadakan perjumpaan bersama dengan
                       para penduduk. Hasil perjumpaan tersebut adalah seperti yang berikut:

                                                          Jadual 1

                               Peratusan penduduk yang menyokong projek kuari (%)      20
                               Peratusan penduduk yang membantah projek kuari (%)      80


                       (a)  Pada andaian anda, mengapakah majoriti penduduk Kampung Permai membantah
                            projek kuari tersebut? Berikan pendapat anda.
                       (b)  Penduduk yang menyokong projek kuari mempunyai satu sebab yang sama, iaitu mereka
                            akan mendapat satu kelebihan. Pada andaian anda, apakah kelebihan itu?
                       (c)  Ketua kampung telah memutuskan untuk membantah projek kuari tersebut selepas
                            mengadakan perjumpaan. Wajarkah tindakan ketua kampung itu?


                   8.    Andaikan anda seorang saintis. Jumlah cahaya matahari yang diterima di kawasan Asia
                       Tenggara telah berkurang disebabkan oleh debu yang terhasil daripada bencana alam
                       seperti letusan gunung berapi dan aktiviti pembangunan yang dijalankan oleh manusia.
                       Kesannya, banyak tanaman yang diusahakan oleh para petani menjadi tidak subur dan mati.
                       Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi? Cadangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan
                       oleh para petani.































                    218
                    218  Bab 7
                         Bab 7
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234