Page 233 - Sains Tingkatan 1
P. 233

8.1         Penggunaan Cermin




                    •  Membezakan imej sahih dengan imej maya.
                    •  Berkomunikasi mengenai ciri imej dalam cermin satah, cermin cekung dan cermin cembung.
                    •  Menyatakan bahawa jarak objek adalah sama dengan jarak imej dalam cermin satah.
                    •  Menggunakan cermin satah untuk mengaplikasikan konsep pantulan cahaya.
                    •  Mewajarkan aplikasi cermin cekung dan cermin cembung dalam kehidupan.
                    •  Membina alat optik dan menghargai penggunaan alat optik untuk meningkatkan keupayaan
                      deria manusia.
                    •  Menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi cermin satah, cermin cekung
                      dan cermin cembung.

                   Kita melihat imej kita dalam cermin setiap hari. Tahukah anda
                   apakah jenis cermin yang kita guna setiap hari?


                    Cermin jenis ini ialah cermin satah. Apakah jenis imej
                    anda yang terbentuk dalam cermin satah itu? Imej sahih
                    atau imej maya?


                                                                 Gambar foto 8.1 Imej yang dilihat melalui cermin
                                           8.1

                       Tujuan: Mengkaji dan membezakan imej sahih dan maya
                       Bahan dan radas: Sekeping kadbod hitam dan sekeping kadbod putih yang bersaiz A4,
                       lilin, jarum peniti, cermin
                       Arahan                                                              Imej lilin
                       1.  Gunakan jarum peniti untuk menebuk
                          lubang pada sekeping kadbod hitam.  Kadbod                       Kadbod putih
                                                                                           sebagai skrin
                                                              hitam
                       2.  Susun bahan dan radas seperti dalam                      Lubang jarum
                          Rajah 8.1 di dalam sebuah bilik gelap.   Lilin
                          Kadbod putih yang tidak ditebuk ialah                Rajah 8.1
                          skrin tempat imej akan terbentuk.
                       3.  Perhatikan imej yang terbentuk pada kadbod           Cermin  Imej
                          kedua yang bertindak sebagai skrin.
                       4.  Pilih seorang murid untuk berdiri di
                          depan cermin seperti dalam Rajah 8.2.
                          Perhatikan imej yang terbentuk.

                       Soalan                                                   Rajah 8.2
                       1.  Adakah imej yang terbentuk dalam Rajah 8.1 imej sahih atau maya?
                       2.  Bandingkan ciri-ciri imej yang terbentuk dalam Rajah 8.1 dengan Rajah 8.2.


                       Imej sahih ialah imej yang terbentuk pada skrin, manakala imej maya ialah imej
                   yang tidak dapat terbentuk pada skrin. Imej kita dalam cermin terbentuk di belakang
                   cermin (Rajah 8.2). Oleh itu, imej yang terbentuk pada cermin ialah imej maya.

                    222
                    222  Bab 8
                         Bab 8
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238