Page 25 - Sains Tingkatan 1
P. 25

Jika berlaku kemalangan, kita janganlah panik sebaliknya mengambil tindakan yang
                   sepatutnya seperti situasi di bawah.


                                         Bahan kimia yang
                                         tertumpah juga              Hati-hati, elakkan
                      1                  perlu dilaporkan     2     bahan kimia terkena
                                          kepada guru.                 tangan anda.
                      Din, cepat keluar! Ada                                          Ingat, ya Farah. Jika
                     kebakaran. Saya sudah                                           bahan kimia termasuk
                   mematikan suis elektrik. Mari                                      ke dalam mulut atau
                    kita beritahu kepada cikgu.                                      terkena bahagian lain,
                                                                                      kita perlu membilas
                                                                              3     bahagian itu dengan air
                                                                                         yang banyak.












                                            1.4
                       Tujuan: Mengkaji peraturan di dalam makmal dan langkah-langkah keselamatan

                       Arahan
                       1.  Jalankan aktiviti secara berkumpulan. Setiap kumpulan perlu mencari maklumat
                          tentang satu daripada tajuk yang berikut:
                          (a)  Peraturan di dalam makmal
                          (b)  Langkah-langkah keselamatan
                          (c)  Langkah-langkah mencegah kebakaran
                          (d)  Tindakan yang perlu diambil jika berlaku kemalangan
                       2.  Bincangkan maklumat yang telah diperoleh dan bentangkan hasil perbincangan
                          kumpulan anda di dalam kelas.




                                                     1.2

                     1.  Lukis radas-radas yang berikut.
                        (a) Kelalang dasar leper (b) Kelalang kon (c) Tabung didih (d) Silinder penyukat
                     2.  (a) Apakah maksud simbol-simbol amaran yang berikut?
                           (i)        (ii)       (iii)      (iv)        (v)



                        (b)  Nyatakan dua contoh bahan kimia yang mempunyai simbol amaran di (a)(i).
                     3.  Suhaimi terlihat kebakaran kecil berlaku di atas meja makmal. Apakah tindakan yang
                        perlu diambilnya?

                    14   Bab 1
                    14
                         Bab 1
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30