Page 29 - Sains Tingkatan 1
P. 29

Abad
                                            1.6                                                  21  KMK
                       Tujuan: Menyedari implikasi ketidakseragaman unit dalam kehidupan seharian

                       Arahan
                       1.  Jalankan aktiviti dalam kumpulan.
                       2.  Setiap kumpulan perlu mengumpulkan maklumat tentang implikasi ketidakseragaman
                          unit dalam kehidupan seharian.
                       3.  Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan mereka di dalam kelas
                          dengan menggunakan persembahan multimedia seperti Powerpoint.


                                                     1.3

                      1.  Senaraikan lima kuantiti fizik yang telah dipelajari. Apakah unit S.I. dan simbol yang
                        digunakan untuk setiap kuantiti tersebut?
                      2.  Tukarkan nilai-nilai yang berikut.
                         (a)  0.13 m =            cm             (d)  24 000 g =            kg
                         (b)  18 000 mg =            kg          (e)  0.006 A =            mA
                         (c)  4 m =             µm



                                 Penggunaan Alat Pengukur,
                                 Kejituan, Kepersisan, Kepekaan

                     1.4         dan Ralat



                    •  Menggunakan alat pengukur yang betul dan dengan cara yang betul, untuk mengukur dengan persis
                      dan jitu kuantiti panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik.
                    •  Menggunakan alat pengukur yang lebih jitu bagi membandingkan kejituan, kepersisan dan kepekaan
                      dalam pengukuran.
                    •  Menerangkan cara untuk mengurangkan kesan ralat sistematik dan ralat rawak.
                    •  Menganggarkan panjang, luas, jisim atau isi padu sesuatu objek dengan membuat anggaran sebelum
                      membuat pengukuran sebenar.
                    •  Menjelaskan dengan contoh inovasi dalam alat pengukur melalui pelbagai jenis
                      persembahan multimedia.

                        ntuk tujuan pengukuran, alat pengukur yang berbeza
                     Udiperlukan bagi mengambil data dalam suatu                  Kejituan – Kebolehan alat
                   eksperimen. Kita perlu memastikan alat pengukur yang betul     pengukur untuk mendapatkan
                   untuk mengukur dengan persis dan jitu kuantiti panjang,        bacaan menghampiri atau
                   jisim, masa, suhu dan arus elektrik.                           menepati nilai sebenarnya.
                                                                                  Kepersisan – Kebolehan alat
                                                                                  pengukur memberikan bacaan
                                                                                  yang hampir sama apabila
                                                                                  pengukuran diulang.
                                                                                  Kepekaan – Kebolehan
                                                                                  alat pengukur mengesan
                                               Gambar foto 1.12 Alat pengukur     perubahan kecil sesuatu
                                                                                  kuantiti yang diukur.
                    18
                    18   Bab 1
                         Bab 1
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34