Page 71 - Sains Tingkatan 1
P. 71

Fotosintesis
                   Tumbuhan hijau mensintesis makanan sendiri melalui fotosintesis. Makanan yang
                   dibuat oleh tumbuhan iaitu glukosa kemudiannya disimpan dalam bentuk kanji.
                   Kehadiran kanji dalam daun menunjukkan fotosintesis telah berlaku.

                       Apakah keperluan untuk proses fotosintesis? Cahaya matahari, karbon dioksida,
                   air dan klorofil diperlukan untuk fotosintesis. Untuk mengkaji keperluan fotosintesis
                   (Eksperimen 2.1 hingga 2.4), kita perlu mengetahui cara untuk menjalankan ujian
                   kehadiran kanji dalam daun terlebih dahulu.

                   Ujian kehadiran kanji
                                                                                        Catatan
                                                                           Etanol      Etanol menyingkirkan
                                                      Air didih            Rendaman     klorofil pada daun.
                                                                           air panas

                                           Panaskan

                                                                                     1.   Pastikan etanol tidak
                                     Dipetik
                                                                                       terdedah kepada
                                                                                       sumber haba secara
                                                                                       terus seperti api
                                                                                       daripada penunu
                                                                                       Bunsen kerana etanol
                                                                                       sangat mudah terbakar.
                                               Larutan                               2.  Sentiasa berhati-hati
                                               iodin                                   semasa mengendalikan
                                               Jubin                       Air panas   larutan iodin dan
                                               putih                                    air panas.

                                        Rajah 2.15 Langkah-langkah menjalankan ujian kanji


                   Prosedur:
                   (a)   Masukkan sehelai daun ke dalam air mendidih untuk memecah dinding sel daun
                       dan melembutkannya.
                   (b)  Masukkan etanol sehingga memenuhi separuh daripada tabung didih dan masukkan daun
                       itu ke dalamnya.
                   (c)  Letakkan tabung didih di dalam bikar yang mengandungi air panas.
                   (d)  Selepas 5 minit, keluarkan daun dari tabung didih. Perhatikan perubahan warna pada
                       daun tersebut.
                   (e)  Celupkan daun ke dalam air panas untuk beberapa saat untuk
                       melembutkan daun.
                   (f)  Letakkan daun di atas jubin putih dan titiskan beberapa titik
                       larutan iodin.
                   Pemerhatian: Jika terdapat kanji, larutan iodin akan berubah warna daripada perang kepada
                                warna biru tua.
                    6060
                    60   Bab 2
                    60
                         Bab 2Bab 2
                         Bab 2
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76