Page 75 - Sains Tingkatan 1
P. 75

Daripada keputusan Eksperimen 2.1 hingga 2.4, dapat disimpulkan bahawa
                   proses fotosintesis memerlukan tenaga cahaya, klorofil, karbon dioksida dan air untuk
                   menghasilkan glukosa dan oksigen seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.20.


                                       Karbon dioksida
                               Tenaga
                               cahaya                   Oksigen



                                          Klorofil
                                    Memerangkap tenaga cahaya



                                                 Glukosa
                                                                                Tenaga cahaya
                                                                  Karbon dioksida + Air   Glukosa + Oksigen
                                                                                    Klorofil




                                                                    Persamaan perkataan proses fotosintesis




                                            Air

                                                  Rajah 2.20 Proses fotosintesis


                   Perbezaan antara Proses Respirasi Sel dengan Fotosintesis
                   Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan antara respirasi sel dengan fotosintesis.

                                      Jadual 2.1 Perbezaan antara respirasi sel dengan fotosintesis

                                   Respirasi Sel                             Fotosintesis
                    Berlaku dalam mitokondria                  Berlaku dalam kloroplas
                    Proses yang membebaskan tenaga             Proses yang menyerap tenaga
                    Menggunakan tenaga kimia dalam makanan     Menggunakan tenaga daripada cahaya
                                                               matahari
                    Berlaku pada manusia, haiwan, tumbuhan     Berlaku pada tumbuhan dan mikroorganisma
                    dan mikroorganisma
                    Menguraikan glukosa untuk                  Mensintesis glukosa
                    penghasilan tenaga
                    Menggunakan oksigen dan glukosa untuk      Menggunakan karbon dioksida dan  air
                    menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga untuk menghasilkan oksigen dan glukosa
                    Sentiasa berlaku                           Berlaku ketika ada cahaya


                    64
                    64   Bab 2
                    64
                         Bab 2
                         Bab 2
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80