Page 112 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 112

4        Bantahan di Negeri Kelantan, Kedah dan Johor



                  Pemimpin persatuan Melayu dan sultan bekerjasama mengadakan bantahan terhadap kedatangan
                  MacMichael di Kelantan, Kedah dan Johor.


                  Bantahan di Kelantan


                  Pada 15 Disember 1945, seramai 10 ribu orang berhimpun di Kota Bharu semasa MacMichael
                  datang untuk mendapatkan tandatangan sultan.




             4    Bantahan di Kedah

            BAB   •   Pada 19 Januari 1946, ribuan orang Melayu Kedah telah berarak
                      di Alor Setar menentang Malayan Union.
                  •  Perarakan ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kedah,
                      SABERKAS,  Kesatuan Ulama Kedah dan Persatuan Melayu
                      Kedah.
                  •   Tuan  Haji  Hussain Che  Dol, Yang  Dipertua  Kesatuan  Melayu
                                                                                      Senu Abdul Rahman
                      Kedah dan Senu Abdul Rahman, Setiausaha Agung SABERKAS
                      telah mengkritik kandungan Kertas Putih Malayan Union yang
                      dianggap mencabul kedaulatan bangsa Melayu.





                  Bantahan di Johor

                  •   Pada bulan Januari 1946, Lembaga Kesatuan Melayu Johor
                      melancarkan gerakan menentang Malayan Union. Perhimpunan
                      ini disertai oleh Persatuan Melayu Johor. Ungku Omar Abdullah,
                      Naib Presiden Lembaga Kesatuan Melayu Johor dan Dr. Hamzah       Dato’ Onn Jaafar
                      berucap menentang Malayan Union.
                  •   Pada 10 Februari 1946, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor
                      di bawah pimpinan  Dato’ Onn Jaafar  berhimpun  menentang
                      Malayan Union.
                  •   Seramai 20 ribu orang Melayu berhimpun di bandar Batu Pahat.
                  •   Dato’  Onn Jaafar  berucap menggesa  orang  Melayu  bangkit
                      bersatu untuk menentang penjajah British.







                                                                                        Dato’ Panglima
                                                                                         Bukit Gantang



                    104
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117