Page 114 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 114

6        UMNO Menganjurkan Bantahan Secara Besar-besaran



                  United Malays National Organisation (UMNO) menganjurkan bantahan besar-besaran menentang
                  Malayan Union. Tunjuk perasaan besar-besaran menentang Malayan Union diadakan semasa Ahli
                  Parlimen British, iaitu L.D. Gammans (Gammans) dan David Rees  Williams  (Rees  Williams)
                  membuat tinjauan berkaitan dengan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

                  Alor Setar, Kedah                                   Padang Francis Light School,

                  Ribuan orang ramai memenuhi                         Pulau Pinang
                  tebing jalan raya dari  Titi                        Rapat umum diadakan di Padang Francis Light
                  Bumbung Lima hingga bandar                          School, Pulau Pinang. Mereka membawa
                  Alor Setar membantah Malayan                        sepanduk bertulis “Humbankan Perjanjian
             4    Union. Seramai 50 ribu orang                        MacMichael” yang mempamerkan kebencian
                  menyertai rapat umum di bandar                      kepada MacMichael. Laungan “Hidup Melayu”
            BAB   Alor Setar.                                         bergemuruh di udara.




                  Ipoh, Perak                                             Kampung Baru, Kuala Lumpur
                  Orang ramai berhimpun di Pekan Ahad,                    Ucapan pemimpin Melayu membantah
                  Jalan Datuk, Ipoh, Perak membawa                        Malayan Union menyambut kedatangan
                  sepanduk, “Kami Berkehendak                             Gammans dan Rees Williams dalam rapat
                  Naungan, Bukan Penaklukan”, “Jangan                     umum di Padang Kelab Sultan Sulaiman,
                  Kecewakan Kami” dan laungan “Hidup                      Kampung Baru, Kuala Lumpur.
                  Melayu” sentiasa bergema di sepanjang
                  perhimpunan tersebut.
                                                                          Klang, Selangor
                                                                          Orang Melayu berhimpun di padang
                  Seremban, Negeri Sembilan
                                                                          dan perkarangan Istana Alam Shah
                  Orang ramai berbaris panjang di jalan                   membantah Malayan Union.
                  masuk istana dengan membawa sepanduk
                  bertulis “Kekalkan  Takhta Kerajaan
                  Raja-raja Melayu” dan “MacMichael     Gammans dan Rees  Williams membuat laporan
                  ialah Imperialis”.
                                                        kepada  Pejabat  Tanah  Jajahan  bahawa  sultan  yang
                                                        menandatangani Perjanjian Malayan Union tidak
                                                        menyedari akibat daripada perjanjian tersebut. Mereka
                                                        menyokong  sepenuhnya  cadangan  Raja-raja  Melayu
                                                        terhadap penubuhan Persekutuan  Tanah Melayu.
                                                        Bantahan penduduk tempatan berjaya membuka mata
                                                        kerajaan British terhadap keburukan Malayan Union.



                                                       Perjuangan menentang Malayan Union memaparkan
                  Bantahan orang Melayu terhadap Malayan
                  Union semasa lawatan Ahli Parlimen British.  kekentalan semangat juang dan penyatuan orang Melayu.
                  Sumber:  Syed Husin  Ali, 2017.  Sejarah Rakyat   Semangat patriotik seperti ini sepatutnya menjadi pegangan
                  (Khususnya Perkembangan Nasionalisme) Malaysia.   kita untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara.
                  Petaling Jaya: Strategic Information and Research
                  Development Centre.

                    106
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119