Page 115 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 115
4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British
Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diserahkan kepada British. Penyerahan itu menimbulkan
pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan.
Pentadbiran Tentera di Sarawak
Setelah Perang Dunia Kedua tamat, tentera Australia mendarat di Kuching dan memperkenalkan
pentadbiran tentera, iaitu British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU) pada 11 September 1945. Pada
tahun 1946, British kemudian memperkenalkan BMA di Sarawak. Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke
menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada
masyarakat tempatan di Sarawak.
Faktor Penyerahan Sarawak kepada British
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan BAB
British. Antaranya termasuklah seperti yang berikut:
Masalah Pewarisan Takhta 4
Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikan tempatnya
sebagai raja, sedangkan beliau semakin tua dan uzur. Vyner Brooke
enggan melantik anak saudaranya Anthony Brooke (anak Bertram Brooke)
untuk menggantikannya.
Desakan Kerajaan British
Pada 19 Jun 1944, pihak Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke
memberikan kuasa yang lebih luas kepada British untuk meluaskan
penguasaannya di Sarawak. Dengan menjadikan Sarawak sebagai tanah
jajahannya, British dapat menguasai kekayaan ekonomi dan menjaga
kepentingan pelaburan British di negeri itu. Pada 28 Februari 1945, Pejabat
Tanah Jajahan mengutus surat kepada Vyner Brooke tentang pendirian untuk
menyerahkan Sarawak kepada British. Akhirnya, Vyner Brooke bersetuju
Charles Vyner Brooke
untuk menyerahkan Sarawak kepada British.
Masalah Kewangan
Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan
untuk memulihkan Sarawak selepas tercetusnya
Perang Dunia Kedua. Ekonomi Sarawak terjejas, Faktor Penyerahan
lombong minyak musnah dan ladang getah juga Sarawak kepada British.
terbiar. Kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan
raya dan lapangan terbang juga perlu dibaiki.
Vyner Brooke tidak mampu untuk membangunkan
Semasa Sarawak berada di bawah pemerintahan
negeri Sarawak semula.
Jepun, kerajaan sementara telah diwujudkan.
Pengerusinya ialah Bertram Brooke dan Anthony
Brooke. Sementara itu, Oliver Stanley, Setiausaha
Tanah Jajahan berunding dengan kerajaan sementara
pada tahun 1944 untuk membolehkan British
mengambil Sarawak. Namun begitu, Bertram Brooke
dan Anthony Brooke menolak tawaran tersebut.
107
107

