Page 151 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 151

Nilai, Patriotisme dan Iktibar

                      •  Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membawa kesan besar terhadap kemerdekaan
                         negara yang membentuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
                      •  Perjuangan pemimpin dalam usaha membentuk pertubuhan dan kesatuan membangkitkan
                         kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan rakyat untuk mewujudkan sebuah negara
                         yang merdeka dan berdaulat.
                      •  Kewujudan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang berjaya mengembalikan
                         kedudukan dan maruah Raja-raja Melayu dapat menyemai rasa bangga dalam diri setiap
                         rakyat di negara ini.


                    Diri dan Keluarga
                    Sebagai ahli dalam keluarga, semangat patriotisme hendaklah disemai dari kecil agar dapat
                    melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan cinta akan negara.                              BAB

                    Negara
                    Persepakatan  dalam  masyarakat  pelbagai  kaum,  budaya  dan  agama  menjadi  teras  utama  bagi   5
                    menjamin kesejahteraan masyarakat serta mengukuhkan peradaban bangsa dan negara.



































                    Istana Kenangan Kuala Kangsar.
                    Institusi raja perlu dihormati dan dipertahankan untuk memastikan kedaulatan negara terpelihara.
                    Sumber: Pusat Maklumat Utusan dan Unit Foto Utusan Melayu (M) Bhd.

                                                                                                     143
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156