Page 150 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 150

5.   Petikan yang berikut merujuk perjuangan golongan radikal di Tanah Melayu pada tahun 1947.




                         PUTERA-AMCJA bersetuju untuk membuat draf perlembagaan balasan kepada cadangan
                         UMNO-Raja-raja Melayu-British. Cadangan pihak kerajaan telah diterbitkan pada bulan
                         Oktober 1947, memang tidak dapat diterima oleh gabungan ini kerana bertentangan dengan
                         kehendak mereka.

                         Sumber: Ramlah Adam, 2009. Gerakan Radikalisme di Malaysia (1938–1965). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
                         dan Pustaka.


             5


            BAB       (a)  Nyatakan perkara yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA dalam Perlembagaan Rakyat.
                      (b)  Mengapakah British menolak rangka Perlembagaan Rakyat?
                      (c)  Apakah tindakan nasionalis Melayu radikal dan bukan Melayu apabila British menolak
                          Perlembagaan Rakyat?
                      (d)  Jelaskan sumbangan golongan nasionalis Melayu radikal dalam sejarah perjuangan
                          kemerdekaan negara kita.

                  6.   Petikan yang berikut berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.


                           Kerajaan British berpendapat penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union sudah
                           tidak boleh dikawal lagi. British bersetuju dengan tuntutan UMNO dan Raja-raja Melayu.
                           Seterusnya,  Perlembagaan  Persekutuan  digubal  oleh  UMNO, Raja-raja  Melayu  dan
                           kerajaan British. Kemudiannya, perjanjian ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara
                           Sultan dengan Edward Gent, wakil kerajaan British di King’s House, Kuala Lumpur.

                          Sumber: Abdullah Zakaria Ghazali, 2008. “Raja, Negeri dan Perlembagaan” dlm. Sivachandralingam Sundara Raja (ed.).
                          Sejarah Masih Relevan. Shah Alam: Karisma Publications.




                      (a)  Jelaskan usaha ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
                      (b)  Mengapakah orang Melayu menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
                      (c)  Jelaskan  kepentingan  Persekutuan  Tanah  Melayu  1948 dalam  pembinaan  negara  dan
                          bangsa Malaysia.







                    142
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155