Page 149 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 149

1.   Pantun yang berikut menggambarkan sebab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

                            Dari Bentan ke Kuala Sedili,
                                Singgah berjaja di Batu Pahat;
                            Syarat kewarganegaraan secara jus soli,
                                Kuasa raja turut tergugat.

                        Bagaimanakah orang Melayu menangani isu tersebut?
                        A.   Membentuk jawatankuasa perundingan
                        B.   Mengukuhkan pertahanan negeri
                        C.   Memajukan ekonomi peribumi
                        D.   Mengadakan tunjuk perasaan

                    2.   Jadual yang berikut berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.         BAB

                              Tahun                            Peristiwa
                              1948          Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani                 5

                        Mengapakah orang Melayu menerima perjanjian tersebut?
                        A.   Parti politik digabungkan
                        B.   Berkuasa mengawal pentadbiran
                        C.   Syarat kewarganegaraan dipermudah
                        D.   Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi

                    3.   Maklumat yang berikut merujuk Jawatankuasa Kerja pada tahun 1946.

                            •   Pegawai Kanan British
                            •   Pemimpin UMNO
                            •   Wakil Raja-raja Melayu


                        Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan?
                        A.   Menentukan bidang senarai kuasa negeri
                        B.   Mengehadkan kemasukan pekerja asing
                        C.   Membentuk perjanjian persekutuan
                        D.   Merangka Perlembagaan Rakyat

                    4.   Mengapakah gabungan PUTERA-AMCJA ditubuhkan pada tahun 1947?
                        A.   Menentang Malayan Union
                        B.   Mengeratkan perpaduan kaum
                        C.   Memajukan pembangunan ekonomi
                        D.   Menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu




                                                                                                     141
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154