Page 188 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 188

7.4  Sistem Pendidikan Kebangsaan

                  Semasa di bawah pentadbiran British, sistem persekolahan berkembang mengikut kaum. Terdapat
                  sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil, di samping
                  sekolah aliran agama dan sekolah Inggeris. Persekolahan di Sarawak dan Sabah juga terbahagi
                  kepada sekolah vernakular Melayu, sekolah Cina dan sekolah mubaligh Kristian. Sistem
                  persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berlainan menimbulkan
                  jurang perbezaan ekonomi dan sosial yang ketara antara rakyat berbilang kaum. Sistem seperti ini
                  menghalang usaha menyatupadukan rakyat ke arah melahirkan satu identiti bangsa dan negara.


                  Usaha ke Arah Pembentukan
                  Sistem Pendidikan Kebangsaan
                  Melalui Penubuhan                                                        Laporan
                  Jawatankuasa Pelajaran                            2                     Fenn-Wu
                  di Tanah Melayu, Sarawak                                                 1951
                  dan Sabah




                                                                   •  Diterbitkan berikutan dengan bantahan
                                         Laporan                      daripada masyarakat Cina terhadap
                                          Barnes                      Laporan Barnes.
                                         1951                      •  Mengkaji pendidikan Cina.
                                                                   •  Mencadangkan penambahbaikan untuk
                                                                      menjadikan sekolah Cina sebagai
             7    •  Jawatankuasa Pelajaran Melayu dipengerusikan     institusi yang memberikan faedah kepada
                     oleh L.J. Barnes.                                penduduk Tanah Melayu.
            BAB   •  Menekankan kepentingan sekolah rendah untuk    Antara  kandungan  Laporan  Fenn-Wu
                     membina  satu  rupa  bangsa  penduduk  yang
                     menganggap  Tanah  Melayu  sebagai  tempat     termasuklah seperti yang berikut:
                                                                     •  Sekolah Cina diteruskan secara
                     tinggal yang kekal dan tumpuan taat setia.
                                                                        berasingan di bawah sistem
                                                                        kebangsaan.
                   Antara kandungan Laporan Barnes                   •  Pendidikan sekolah Cina haruslah
                   termasuklah seperti yang berikut:                    berorientasikan Tanah Melayu.
                    •  Sekolah rendah menggunakan bahasa
                       Melayu atau bahasa Inggeris sebagai
                       bahasa pengantar.
                    •  Sekolah menengah menggunakan bahasa
                       Inggeris sebagai bahasa pengantar.



                                                      Laporan Barnes yang mengkaji
                                                      pelajaran Melayu.
                                                      Sumber: Malaysia. Kementerian
                  Sekolah vernakular ialah sekolah    Pelajaran Malaysia, 2010. Sejarah
                  yang menggunakan bahasa ibunda      Perguruan Malaysia: Warisan
                                                      Cendekiawan. Kuala Lumpur:
                  sebagai bahasa pengantar.           Kementerian Pelajaran Malaysia.

                    180
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193