Page 190 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 190

4                     Laporan Woodhead di Sarawak


                                   dan Sabah 1955


                            E.W. Woodhead, Ketua Pegawai Pelajaran dari Britain
                            diundang untuk meninjau perkembangan pendidikan
                            dan seterusnya membuat cadangan tentang pendidikan
                            di Sarawak dan Sabah.

                            Antara cadangan Laporan Woodhead termasuklah
                            seperti yang berikut:
                              •  Memperkasakan  pendidikan  peringkat  rendah
                                 dan menengah.
                              •  Menitikberatkan  kepentingan  bahasa  Inggeris
                                 sebagai bahasa pengantar.                      North  Borneo  Educational
                              •  Mewujudkan  sistem  pembiayaan  pendidikan     Survey atau dikenali sebagai
                                                                                Laporan Woodhead.
                                 yang teratur.                                  Sumber: Malaysia. Kementerian
                                                                                Pelajaran Malaysia, 2010. Sejarah
                                                                                Perguruan Malaysia: Warisan
                   Pendidikan Kebangsaan di Sarawak                             Cendekiawan. Kuala Lumpur:
                                                                                Kementerian Pelajaran Malaysia.
                   Berdasarkan  Laporan  Woodhead  1955,
                   terdapat  cadangan  pembentukan  sistem     Pendidikan Kebangsaan di Sabah
                   pendidikan  kebangsaan  di  Sarawak,
                   antaranya termasuklah seperti yang berikut:  Laporan Woodhead 1955 diterima di Sabah
             7        •  Mewujudkan sekolah menengah           dengan beberapa pindaan, iaitu:
                         berbilang kaum dengan                   •  Mempertingkat pengajaran bahasa
            BAB          menggunakan bahasa Inggeris                Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah
                                                                    Cina.
                         sebagai bahasa pengantar.
                      •  Menyeragamkan sukatan pelajaran         •  Memastikan bahasa Inggeris diajar
                         dan peperiksaan.                          di sekolah Melayu dan bahasa Melayu
                      •  Memperkenalkan buku teks yang              diajar di sekolah Inggeris.
                         berlatarbelakangkan unsur tempatan.     •  Menetapkan peperiksaan di sekolah
                      •  Memastikan pendidikan sivik diajar         menengah dikendalikan dalam bahasa
                         secara formal di sekolah.                  Inggeris.

                   Matlamat pendidikan kebangsaan bertujuan    Ordinan Pelajaran Koloni 1956 diperkenalkan
                   membentuk perasaan kekitaan dan taat setia   untuk  meneruskan  rancangan  Woodhead.
                   kepada  negeri  Sarawak  dalam  kalangan    Rancangan  ini  untuk  mencapai  matlamat
                   penduduk berbilang kaum.                    dalam  usaha  menyeragamkan  kurikulum  dan
                                                               peperiksaan  yang  meliputi  peringkat  rendah
                                                               dan  menengah.  Selain  itu,  matlamatnya  juga
                                                               untuk melahirkan perasaan kebersamaan dalam
                          Membuat Interpretasi
                                                               kalangan kaum di Sabah.
                  Mengapakah bahasa Inggeris menjadi bahasa
                  pengantar utama dalam sistem pendidikan di Sarawak
                  dan Sabah berdasarkan Laporan Woodhead?

                    182
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195