Page 189 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 189

3                    Pelajaran
                                                      Ordinan
                                                      1952






                            •  Diluluskan selepas Jawatankuasa Penasihat
                               Pusat  Pelajaran  meneliti  Laporan  Barnes
                               dan Laporan Fenn-Wu.
                            •  Ordinan  ini  bertujuan  membentuk  sistem
                               pendidikan  yang  menggunakan  bahasa
                               rasmi Persekutuan.
                            •  Semua  murid  daripada  pelbagai  bangsa
                               disatukan dalam satu sistem berorientasikan
                               Tanah Melayu.


                      Antara  perkara  yang  termaktub  dalam            Laporan  Jawatankuasa Penasihat  Pusat
                      Ordinan Pelajaran 1952, termasuklah seperti        Pelajaran yang mengkaji Laporan Barnes
                      yang berikut:                                      dan Laporan Fenn-Wu dikeluarkan pada
                                                                         bulan September 1951.
                       •  Tanah  Melayu  mempunyai  dua  jenis           Sumber: Malaysia. Kementerian  Pelajaran
                          sekolah  rendah,  iaitu  sekolah  yang         Malaysia, 2010. Sejarah Perguruan Malaysia:
                                                                         Warisan  Cendekiawan.  Kuala Lumpur:
                          menggunakan bahasa Melayu dan bahasa           Kementerian Pelajaran Malaysia.        BAB
                          Inggeris sebagai bahasa pengantar.
                       •  Bahasa  Cina  dan  bahasa  Tamil  diajar                                             7
                          sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah
                          sekiranya  terdapat  15  orang  murid    Dr. William P. Fenn, ahli akademik dari China
                          dalam kumpulan yang sama.                dan Dr. Wu Teh Yao, pegawai Pertubuhan
                       •  Sekolah menengah menggunakan bahasa      Bangsa-Bangsa Bersatu diundang oleh British
                          Inggeris sebagai bahasa pengantar.       untuk mengkaji Pendidikan Cina di Tanah Melayu.

                                                                          Membuat Interpretasi
                    Ordinan Pelajaran 1952 ialah undang-undang
                    pertama  berkaitan  dengan  pembentukan  satu   Ordinan Pelajaran 1952 mendapat tentangan
                    sistem persekolahan rendah berteraskan bahasa   kaum Melayu dan kaum bukan Melayu. Tafsirkan
                    Inggeris dan bahasa  Melayu sebagai  bahasa    pernyataan ini.
                    pengantar.  Walau bagaimanapun, Ordinan
                    Pelajaran 1952 masih belum dapat memenuhi
                    aspirasi semua kaum di Tanah Melayu kerana     Melalui  pelbagai  sumber,  secara  berkumpulan,
                    mendapat tentangan daripada semua kaum.        bandingkan sistem persekolahan berdasarkan
                                                                   Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu dan Ordinan
                                                                   Pelajaran  1952.  Bandingkan  dapatan  kumpulan
                                                                   anda dengan kumpulan lain.

                                                                                                     181
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194