Page 212 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 212

8.3  Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

                  Setelah berlangsungnya Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, negara kita melalui
                  satu perkembangan baharu dalam sejarah demokrasi negara. Berikutan kemenangan besar dalam
                  Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu 1955, parti Perikatan membentuk Kerajaan Persekutuan.
                  Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
                  MPP yang berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah
                  Melayu turut mengalami perubahan dari segi bilangan keanggotaannya.
                  Majlis Perundangan Persekutuan 1948

                  Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) pada tahun 1948 terdiri daripada wakil peringkat
                  pentadbiran pusat, Majlis Negeri, anggota kerajaan pusat dan ahli tidak rasmi seperti yang berikut:
                   Komposisi ahli MPP Keanggotaan
                        52 orang      Ahli tidak rasmi yang dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu.
                     3 orang ex officio  Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kewangan dan Peguam Besar Persekutuan.
                     9 orang Residen  Residen British mewakili sembilan buah Majlis Negeri.
                         2 orang      Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
                        11 orang      Ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan.
                       Jumlah 77
                  Majlis Perundangan Persekutuan 1955

                  Selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, beberapa perubahan berlaku secara
                  berperingkat di negara kita.
                   Komposisi ahli MPP Keanggotaan
                        52 orang      Ahli yang dipilih melalui pilihan raya.
                        35 orang      Ahli lantikan mewakili kumpulan yang berkepentingan  seperti keusahawanan,
                                      perlombongan, perindustrian dan pertanian.
                        11 orang      Menteri Besar mewakili negeri.
                         2 orang      Wakil Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
                       Jumlah 100
             8
                  Sumber: Wan Junaidi Tunku Jaafar, 2014. Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
                  dan Pustaka.
            BAB   Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan


                  Kerajaan  diketuai  oleh  Tunku  Abdul  Rahman  sebagai  Ketua Menteri  dan  akan  mengambil  alih  tugas
                  pentadbiran Tanah Melayu daripada Pesuruhjaya Tinggi British.

                  Proses pertukaran dan pembaharuan berlaku secara berperingkat dan mengambil masa. Pesuruhjaya Tinggi
                  British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat atasan yang menentukan hala tuju negara.

                  Kuasa pegawai British kini beransur-ansur dipindahkan  kepada rakyat tempatan.  Namun begitu, masih
                  terdapat pegawai British yang berperanan sebagai penyelia atau penasihat bidang keselamatan. Susulan itu,
                  Sistem Ahli dimansuhkan.

                  Keanggotaan  MPP menyaksikan  perkembangan  penting  amalan pentadbiran  demokrasi  di negara  kita.
                  Keadaan  ini menggambarkan  kejayaan  Kerajaan  Persekutuan yang dibentuk  dan dipimpin  oleh rakyat
                  tempatan, manakala ahlinya dipilih oleh rakyat.


                    204
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217