Page 213 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 213

Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah
                                                                   Majlis ini. Pilihanraya Persekutuan yang baru
                                                                   diadakan kini sudah menjadi sejarah. Buat
                                                                   pertama kalinya Majlis ini bersidang sebagai
                                                                   sebuah majlis yang majoriti ahlinya dipilih dan
                                                                   saya berasa amat bangga dan berbesar hati
                                                                   memegang jawatan Ketua Menteri. Kita telah
                                                                   melalui suatu peristiwa yang amat penting dalam
                                                                   kemajuan negara kita mencapai status berkerajaan
                                                                   sendiri dan merdeka. Ketika memikirkan jalan yang
                                                                   perlu ditempuhi, saya dapat membayangkan
                                                                   pelbagai permasalahan serta kesusahan,
                    Halimaton Abd Majid ketika mengangkat sumpah   tetapi saya cukup yakin bahawa dengan
                    sebagai ahli MPP. Beliau merupakan ahli wanita   adanya rasa muhibah, kesabaran dan
                    pertama MPP.
                                                                   keazaman, serta yang paling penting
                                                                   sokongan Ahli Yang Kehormat dan
                                                                   rakyat, segala halangan dapat
                                                                   ditempuhi dan segala masalah diatasi.

                                                                   Ucapan Tunku Abdul Rahman pada
                                                                   Perasmian Majlis Perundangan
                                                                   Persekutuan, 31 Ogos 1955.




                                                                Sumber: Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2007. Merintis Denai
                                                                Demokrasi. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
                          Yang Dipertua Majlis Perundangan      Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya pada sesi
                          Persekutuan, Raja Muhammad Uda        pembukaan MPP pada 31 Ogos 1955, menyifatkan
                          menyampaikan  ucapan kepada MPP
                          yang baru ditubuhkan.                 peristiwa ini sebagai “hari yang amat penting
                                                                dalam  sejarah Majlis ini” dan  sebuah  peristiwa
                                                                penting dalam perjuangan  Tanah Melayu ke  arah
                                                                berkerajaan sendiri. Majlis yang baru ditubuhkan
                                                                ini telah bersidang buat julung-julung kalinya
                                                                di Dewan  Tunku  Abdul Rahman, Jalan  Ampang,
                                                                Kuala Lumpur.                                   BAB
                                                                      Pada 11 September 1959, Parlimen
                                                                      Persekutuan Malaya ditubuhkan. Persidangan   8
                                                                      pertamanya berlangsung pada 12 September
                                                                      1959 dan dirasmikan  oleh  Yang di-Pertuan
                                                                      Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni
                                                                      Almarhum Tuanku Muhammad.
                    Sebahagian daripada ahli MPP 1955.
                    Sumber: Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2007. Merintis
                    Denai Demokrasi. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.  Membuat Interpretasi
                                                                      Terangkan maksud “hari yang amat penting
                    Dengan pembentukan  Majlis Perundangan            dalam sejarah Majlis ini” yang  diucapkan oleh
                    Persekutuan ini, rakyat tempatan mula             Tunku  Abdul Rahman  semasa  pembukaan
                    memainkan peranan yang penting dalam              MPP pada 31 Ogos 1955.
                    pentadbiran. Pembentukan Majlis Perundangan
                    Persekutuan  juga menunjukkan kompromi            Siapakah wanita pertama menganggotai
                    melalui perkongsian kuasa antara kaum bagi        MPP pada tahun 1955?
                    mencapai kemerdekaan.

                                                                                                     205
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218