Page 215 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 215

Sebagai Ketua Menteri,  Tunku  Abdul Rahman bertanggungjawab  menunaikan  mandat
                    daripada  rakyat  untuk  mencapai  kemerdekaan.  Menteri  Pelajaran,  Dato’ Abdul  Razak  Hussein
                    pula berperanan penting untuk membina bangsa yang bersatu melalui sistem pendidikan. Menteri
                    Buruh, V. T. Sambanthan pula melaksanakan tugas terawalnya bersama-sama dengan menteri lain
                    untuk menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan. Beliau mengurangkan pegawai Eropah
                    dalam Malayan Civil Service (MCS) secara berperingkat.
                        Begitu juga Leong Yew Koh sebagai Menteri Kesihatan yang bertanggungjawab memenuhi
                    manifesto  Parti  Perikatan.  Beliau  dikehendaki  menjalankan  rancangan  secara  meluas  dengan
                    meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan dan kesihatan secepat mungkin dalam tempoh negara
                    menuju berkerajaan sendiri.






























                    Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955.
                    Duduk dari kiri: C.T. Thomas, H.S. Lee, Tunku Abdul Rahman, Sir Donald MacGillivray, D.C. Watherston, M.J. Hogan
                    dan Dr. Ismail Abdul Rahman.                                                                BAB
                    Berdiri dua dari kiri: Dato’ Abdul Razak Hussein, O. Spencer, Abdul Aziz, A.H.P. Humphrey, Sulaiman Dato’ Abdul
                    Rahman, V.T. Sambanthan, Sardon Jubir, Leong Yew Koh, Ong Yoke Lin dan Too Joon Hing.
                    Sumber: Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2007. Merintis Denai Demokrasi. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.  8

                    Kabinet pertama Persekutuan  Tanah Melayu
                    memperlihatkan barisan pemimpin yang berwibawa.
                    Mereka berusaha membangunkan negara menerusi            Bagaimanakah  warganegara boleh
                    jawatan yang diamanahkan, di samping bekerjasama dan    menggunakan hak dan tanggungjawab
                    berkongsi kuasa antara satu sama lain.                  untuk  memilih  wakil  dalam  pilihan
                                                                            raya bagi kesejahteraan negara?


                    Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita
                    perlulah memanfaatkan pilihan raya bagi memilih wakil
                    dan pemimpin negara. Hak rakyat untuk membuat pilihan
                    hendaklah digunakan dengan bijak bagi meneruskan        Meneroka Bukti
                    amalan sistem demokrasi di negara kita.                 Buktikan kabinet pertama berjaya
                                                                            mewujudkan kompromi antara kaum.

                                                                                                     207
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220