Page 218 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 218

Aktiviti 2: Fail Edar (Travelling File)

                  Arahan:

                  1.   Murid dikehendaki berada dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu fail yang
                       mengandungi soalan untuk dibincangkan dan dicatatkan.
                  2.  Setelah 15  minit hingga  20 minit,  soalan  dan  catatan  jawapan dimasukkan semula
                       ke dalam fail lalu diedarkan kepada kumpulan lain.
                  3.   Setiap kumpulan yang mendapat fail baharu daripada pasukan lain akan membaca jawapan
                       yang diberikan. Mereka boleh menambahkan, membaiki atau menyatakan pandangan pada
                       jawapan dalam fail tersebut.
                  4.   Setelah setiap kumpulan memberikan respons kepada jawapan, guru akan mengadakan
                       perbincangan dan membuat rumusan.







                            Dalam Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan telah menggunakan manifesto
                            berikut, iaitu mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun, mewajibkan
                            pendidikan kepada semua kaum, menjadikan perkhidmatan awam bercorak
                            tempatan, menjaga hak asasi manusia serta melindungi hak Raja-raja Melayu
                            sebagai Raja Berperlembagaan.


             8

            BAB       Sumber: www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-umum-pertama-1955. Dicapai pada 12 Julai 2019.



                  Soalan:

                       (a)  Apakah maksud manifesto?
                       (b)  Mengapakah Parti Perikatan menggunakan manifesto di atas?
                       (c)  Bagaimanakah sesuatu manifesto dapat mempengaruhi pengundi?
                       (d)  Mengapakah sesebuah parti perlu berusaha menunaikan manifesto mereka?











                    210
   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223