Page 56 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 56
2 5. Maklumat yang berikut merupakan kandungan ikrar Sumpah Pemuda dalam kebangkitan
nasionalisme Indonesia.
BAB Teliti kandungan ikrar Sumpah Pemuda tersebut dan jawab semua soalan.
Pertama: Kami putera dan puteri Indonesia
mengaku bertumpah darah yang satu,
tanah Indonesia
Kedua: Kami putera dan puteri Indonesia
mengaku berbangsa yang satu,
bangsa Indonesia
Ketiga: Kami putera dan puteri Indonesia
menjunjung bahasa persatuan,
bahasa Indonesia
(i) Apakah tema yang terkandung dalam Sumpah Pemuda di atas?
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah sumpah tersebut dilafazkan?
(iii) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan daripada kelahiran sumpah tersebut?
(iv) Bagaimanakah anda boleh memanfaatkan kandungan sumpah tersebut untuk
mengukuhkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia?
6. Intelektual berpendidikan Inggeris dan Melayu lepasan MCKK dan SITC turut terlibat dalam
perkembangan nasionalisme di negara kita pada awal abad ke-20.
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC).
Sumber: Arkib Negara Malaysia. Sumber: Pusat Maklumat Utusan dan Unit Foto Utusan Melayu (M) Bhd.
(i) Namakan nasionalis lepasan MCKK dan SITC yang berjaya mencetuskan nasionalisme.
(ii) Bagaimanakah golongan intelektual ini membangkitkan nasionalisme ketika itu?
(iii) Bagaimanakah golongan intelektual boleh memanfaatkan ilmu bagi memartabatkan
negara kini?
48

