Page 57 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 57

Cakna dan Cerminan Sejarah





                   Nilai, Patriotisme dan Iktibar                                                               BAB

                      •  Kebangkitan nasionalisme di Barat yang mempengaruhi gerakan nasionalisme di Asia dan
                         Asia Tenggara wajar diteladani untuk menanam rasa cinta akan negara.                  2
                      •  Perkembangan  nasionalisme  di  negara  kita  meninggalkan  implikasi  yang  besar  terhadap
                         perjuangan rakyat yang membawa keutuhan dan permuafakatan.
                      •  Perjuangan pemimpin di Asia dan Asia Tenggara menimbulkan kesedaran tentang pentingnya
                         menentang penjajah bagi mewujudkan negara yang berdaulat.
                      •  Gerakan nasionalisme dapat membentuk jati diri dan mengukuhkan identiti bagi sesebuah
                         negara dan bangsa yang merdeka.


                   Diri dan Keluarga
                   Sebagai ahli dalam sebuah keluarga, sikap cinta akan negara perlu dipupuk dari kecil agar dapat
                   mengukuhkan institusi keluarga dan menyumbang keharmonian dalam masyarakat dan negara.
                   Negara

                   Permuafakatan dalam masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama menjadi tonggak utama bagi
                   menjamin kesejahteraan masyarakat dan mengukuhkan peradaban bangsa serta negara.





































                    Semangat cinta akan negara sangat penting untuk memelihara kesejahteraan negara.
                    Sumber: Pusat Maklumat Utusan dan Unit Foto Utusan Melayu (M) Bhd.

                                                                                                     49
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62