Page 60 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 60
3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
Nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia tercetus daripada gerakan orang Melayu
menentang campur tangan British. Namun begitu, gerakan awal secara terbuka mendapat reaksi
dan tindak balas yang keras daripada British.
Kesedaran Awal Nasionalisme
3 3 Sejak awal abad ke-20, British berusaha untuk membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur
Tengah. British dengan persetujuan Raja-raja Melayu memperkenalkan Enakmen Undang-Undang
BAB BAB Islam 1904 bagi memastikan sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan
agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara. British turut
memperkenalkan dua badan penyiasat, iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence
Department) dan Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau) untuk mengawal gerakan
Islah Islamiah.
Kebangkitan Islam pada peringkat antarabangsa telah
menyebabkan British berwaspada terhadap gerakan
Pan-Islamisme. Penentangan Tok Janggut merupakan
hasil daripada kesedaran politik antarabangsa yang
menggerakkan penentangan bercorak tempatan. Walaupun
Pada 11 November 1914, empayar gerakan ini melibatkan penduduk di Pasir Puteh, Kelantan,
Uthmaniyah mengeluarkan fatwa isu penentangan adalah untuk mempertahankan agama
menyeru orang Islam yang ditindas Islam dan hak penduduk tempatan. Penentangan ini berlaku
oleh penjajah Barat agar bangkit di tengah-tengah kancah pergolakan politik yang berlaku
bersama-sama dengan empayar di Eropah.
Uthmaniyah. Perkembangan ini
mendapat perhatian penduduk
di Tanah Melayu, terutama Kaum
Muda melalui akhbar. Penentangan Tok Janggut merupakan rentetan daripada
Sumber: Mohd Samsudin, 2015. cetusan kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap
Perjuangan Tok Janggut: Satu Realiti
kepada Kebangkitan Nasionalisme, penjajah Barat yang menakluki negara Islam. Kebangkitan
Seminar 100 Tahun Tok Janggut. Kuala Tok Janggut telah dipengaruhi oleh penglibatan empayar
Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama di Eropah.
Penentangan yang memperjuangkan agama ini kemudiannya
dikaitkan dengan isu cukai yang dikenakan serta sikap
membenci British.
Membuat Interpretasi
Mengapakah British berusaha British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu
membendung pengaruh empayar kepada empayar Uthmaniyah yang berperang dalam Perang
Uthmaniyah di negeri Melayu
pada awal abad ke-20? Dunia Pertama. Perang yang meletus menarik perhatian
pemimpin negeri Melayu untuk menyokong khalifah
empayar Uthmaniyah yang dianggap pelindung umat Islam
serta penaung bagi tanah suci Mekah dan Madinah.
52

